UDM Gelam Mas Raih Juara di Majlis Aidilfitri DUN Kota Putera

BESUT, 20 April - UDM Gelam Mas dinobatkan sebagai juara gerai terbaik Jamuan Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, pada Jumaat.

Dalm majlis yang berlangsung di Dewan Limbongan itu, mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 sebagai hadiah utama.

Manakala, UDM Seberang Kastam meraih tempat kedua dan UDM Keluang di tempat ketiga.

Dianggarkan lebih 15,000 penduduk setempat hadir berkunjung ke majlis sambutan yang dikhabarkan paling meriah pernah diadakan.

Ribuan pengunjung bermula selepas solat Maghrib menikmati lebih 12 jenis juadah makanan disajikan kepada pelbagai masyarakat yang hadir, antaranya ialah kambing golek, nasi daging berlengas, dan sate.

Acara sambutan tidak berakhir di situ; pertunjukan bunga api menjadi penutup yang mengagumkan, menyajikan pengunjung dengan pemandangan indah di langit malam yang memeriahkan suasana.

Mengakhiri majlis, pemberian cincin emas terakhir daripada lima cincin yang dijanjikan kepada pengunjung menambah unsur kejutan dan kegembiraan kepada semua yang hadir.

Jamuan Hari Raya DUN Kota Putera tahun ini bukan sahaja berjaya dari segi keterlibatan, tetapi juga dalam memupuk semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Kota Putera dan Negeri Terengganu.

 

 

 

 

 

 

 


Tag: