• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

UMT Bakal Terima Pelajar Baharu Esok


Seramai 2,451 pelajar baru bakal meneruskan pengajian mereka di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi mengikuti 27 program di peringkat ijazah sarjana muda pada sesi kemasukan 2018/2019 esok.

Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ir Noor Azuan Osman berkata, daripada jumlah itu 65 peratus memilih aliran Sains dan selebihnya aliran Sains Sosial.

Katanya, daripada jumlah yang mendaftar pula 76 peratus adalah pelajar wanita dan 24 peratus pelajar lelaki.

“Saya rasa ini bukan suatu isu tetapi lumrah yang berlaku dimana-mana IPTA sekali pun di dalam negara malah di luar negara pun yang mana kebiasaannya pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki,” ujarnya ketika Sidang Media Khas UMT Peka Kebajikan Pelajar Baharu Sesi 2018/2019 di UMT, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali.

Sementara itu katanya, seramai 402 orang turut mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat pasca siswazah.

“Daripada jumlah itu 307 adalah pelajar dalam negara dan 95 orang dari luar negara termasuk dari Indonesia, Maldive, Lebanon, Yaman, Kanada dan Bangladesh,” ujarnya.


Tag: