• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

YaPIEM, PSMZA Penuhi Hasrat B40 Tunai Ibadah Korban

DUNGUN, 4 Julai- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Cawangan Terengganu dengan kerjasama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) berjaya menunaikan hasrat golongan B40 untuk menyertai ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha kali ini.

Ketua Unit Komunikasi PSMZA, Mohd Khairul Azman Abu Bakar berkata, menerusi Program Infak Qurban YaPEIM 1444H/2023 , dua ekor lembu telah diserahkan sendiri oleh Pengurus YaPIEM Terengganu, Kartina Ahmad dan Yusridin Md Nor kepada pihaknya. 

"Lembu ini dinamakan 'lembu wakalah' dimana untuk pihak kami mencari peserta seramai 14 orang iaitu mereka yang sebelum ini tidak pernah menyertai ibadah korban, 

" Peserta terpilih terdiri daripada empat orang kakitangan PSMZA, lima orang daripada Unit Pembersihan dan lima orang lagi daripada Unit Keselamatan," ujarnya. 

Menurut beliau yang juga pengarah program itu, pengagihan daging korban telah disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, Zamra Derahman.

"Daging korban diagihkan kepada kakitangan PSMZA, keselamatan dan kebersihan, juga pelajar serta komuniti sekitarnya. 

Salah seorang peserta Asmazita Shaikh Ahmad, 44, gembira terpilih sebagai peserta untuk menyertai ibadah korban terbabit yang menjadi keinginannya selama ini. 

"Sebelum ini tidak pernah korban, maklumlah kita tak mampu tapi alhamdulillah, terima kasih ada orang yang sudi bantu menunaikan hasrat saya dan kawan-kawan," katanya. 


Tag: