Jalur Gemilang
Berita :
150 Pelajar DUN Rhu Rendang Terima Sumbangan Kelengkapan Persekolahan
150 Pelajar DUN Rhu Rendang Terima Sumbangan Kelengkapan Persekolahan
Mohamad Norriduan bin Norhizamudin
12 jam yang lepas
53

MARANG, 28 November – Seramai 150 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan menerusi Program Ceria Ke Sekolah TNB 2027. 

Program yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Marang itu merupakan hasil kerjasama antara Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, inisiatif berkenaan bertujuan membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, khususnya dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak menjelang pembukaan sesi persekolahan 2027.

“Ia juga mencerminkan komitmen kerjasama strategik antara pihak korporat dengan pusat khidmat masyarakat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial serta menyantuni keperluan penduduk setempat,” ujarnya ketika berucap menyempurnakan majlis perasmian program tersebut.

Turut hadir, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Hassan Awang dan Pengurus Besar TNB Negeri Terengganu, Zillatulikrom Tamat.

Katanya, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang turut merakamkan penghargaan kepada TNB dan semua pihak yang menjayakan program berkenaan.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan