• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Zahir Rasa Cinta Kepada Negara

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos - Rakyat berbilang kaum di negeri ini perlu menjadikan Hari Kebangsaan sebagai medan untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, hari tersebut merupakan manifestasi kepada sebuah semangat patriotik yang wajib diperingati pada setiap tahun.

"Kita perlu berbangga menjadi rakyat negara ini. Sambutan bulan kebangsaan menuntut rakyat berbilang kaum di negara ini untuk menanam semangat patriotik negara sebagai lambang spiritual dalam memacu perjalanan negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Merdeka @ Komuniti Dan  Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran Pejabat Penerangan Kuala Terengganu di Dewan Serbaguna Flat PPR Padang Hiliran pagi senalam.

Majlis itu disempurnakan dengan agihan Jalur Gemilang kepada peserta yang terdiri daripada jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) seluruh DUN Bandar.

Menurut Ahmad Shah, aktiviti kibarkan Jalur Gemilang adalah syiar memperingati perjuang kemerdekaan negara. 

"Sebagai rakyat yang cintakan negara, ia perlu dibuktikan dengan nilai kekeluargaan dalam usaha pertahankan negara dari anasir perosak. 

"Tema Malaysia Prihatin perlu dihayati setiap masa, bukan sahaja pada bulan kemerdekaan. 

"Gabungan tema Malaysia Prihatin membawa harapan dalam meningkatkan semangat patriotisma yang tinggi buat semua warga Malaysia agar dijadi contoh tauladan," tambahnya

Dalam masa yang sama, beliau turut berpesan supaya setiap masyarakat terus berwaspada dengan ancaman pandemik COVID-19.


Tag: