• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Zahon Cafe Tampil Gaya Jepun, Pertama di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 16 Oktober - Yakin suasana santai mampu menarik minat masyarakat setempat, seorang wanita tempatan tampil berani membuka sebuah kafe buku yang mempunyai gaya kedai di negara Jepun di Terengganu.

Percaya atau tidak sebaik sahaja anda melangkah masuk kaki ke sini, pengalamannya sungguh berbeza, agak privasi dan memang selesa untuk lepak sambil mengopi, membaca dan makan pun tenang.Anda dapat merasai aura unik selepas memasuki perkarangan kafe ini yang dihias dengan perabot minimal bertemakan Jepun.

Kini, kafe yang menghidangkan pelbagai menu minuman dan makanan negara matahari terbit itu , turut disertakan lebih 1,000 buku pelbagai genre di premis.

Pemiliknya,  Nor Fatihah Che Mamad, 30,berkata restoran yang beroperasi sejak Oktober tahun lalu memberi pilihan lebih 20 menu masakan Jepun kepada penggemar makanan itu di negara ini.

Dia yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti of Queensland, Australia berkata Za Hon Cafe yang beroperasi di Jalan Sungai Rengas juga  mentransformasi bahan berkenaan kepada bahan halal yang sedia ada di negara ini.

“Begitupun, keaslian masakan Jepun itu sama sekali tidak terjejas sama seperti mana dirasai jika kita bertandang ke negara Jepun,”ujarnya yang mempunyai 10 pekerja tempatan terlatih

Anak kedua dari enam beradik itu berkata, dia juga mendapatkan tunjuk ajar kakak iparnya yang berasal dari negara Jepun bagi memastikan rasa dan kualiti makanan yang dihasilkan sama seperti asal.

Menu utama sudah pastinya Japanese Curry, dan ramen dari Jepun seperti Miso Ramen serta Shoyu Ramen termasuk Tobiko Mushroom pasta, Chicken Teriyakidon pada harga mampu milik iaitu RM11.90 hingga RM27.90.

Bagi peminat kopi dan dessert pula, Zahon Cafe turut menawarkan pelbagai pilihan seperti Tiramisu Cakebox (Zahon’s signature cake), Strawberry Fresh Cream Cakebox, Chocolate Mochi Cakebox, Taiyaki (sejenis waffle Jepun berbentuk ikan), Mini Burnt Cheesecake, Japanese Caramel Puddings dan beberapa jenis pastri.

Nor Fatihah turut menawarkan kepada pelanggan yang berminat untuk mencuba pakaian tradisi Jepun iaitu kimono dengan kadar harga RM5 satu bayaran yang cukup berpatutan dan murah .

Kafe ini dibuka setiap hari kecuali selasa bermula jam 12 tengahari hingga jam 10 malam. Bagaimanapun, ia ditutup buat sementara pada waktu Maghrib bermula jam 7:30 malam sehingga 8 malam.