• 03 Dis 2021 | 27 Rabiul Akhir 1443

Peserta RTB Menarik Nafas Lega Setelah 15 Tahun Menunggu

BESUT, 28 Disember-  Peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akhirnya dapat menarik nafas lega setelah 15 tahun menunggu untuk mendapatkan geran tanah. 

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, seramai 145 peserta RTB Durian Ubi, RTB Penempatan Nelayan Bukit Keluang dan RTB Gong Tengah menerima geran dan borang 5A untuk fasa pertama.

"Majlis ini adalah untuk pembahagian geran bagi fasa pertama dan peserta yang masih menunggu akan diberikan di dalam majlis pada fasa kedua nanti. 

“Saya berharap peserta RTB yang belum dipanggil bersabar dan kami pihak Pusat Khidmat DUN Kuala Besut akan berusaha secepat mungkin bagi menyelesaikannya”, ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Geran dan Borang 5A kepada peserta RTB di Dewan Sivik Kampung Baharu, Kuala Besut, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Besut, Fakhrol Ruzi Ibrahim. 

Seorang peserta RTB Durian Ubi, Aziz Mat Jim, 61, melahirkan rasa bersyukur apabila menerima geran hakmilik kekal setelah 15 tahun menunggu. 

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana menunaikan manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, " ujarnya.


Tag: