• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Program Santuni Rakyat Terus Dapat Sambutan

SETIU, 9 Ogos – Santuni Rakyat, Semarakkan Khidmat yang sebelum ini dinamakan Program Kaunter Aduan Rakyat mendapat sambutan yang mengalakkan serta telah diperkasakan lagi dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang sebelum ini tidak disediakan.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, program ini telah digerakkan bermula tahun 2018 lagi yang pada awalnya dikenali sebagai Program Pejabat Bergerak Ahli Parlimen Setiu.

Diantara programnya ialah lawatan infrastruktur, kaunter aduan rakyat, ziarah mahabbah, santai kedai kopi dan berakhir dengan kuliah maghrib tanpa penyertaan agensi-agensi lain.

"Kemudian ditambah baik dengan program rawatan Islam dan pemeriksaan kesihatan percuma sejak mula diadakan hampir 80 peratus kampung telah melaksanakan program seumpama ini dan sekarang kesemuanya digabungkan dan dinamakan Program Santuni Rakyat, Semarakkan Khidmat,"ujarnya ketika ditemui di perkarangan Masjid Kg merbau Menyusut, semalam.

Mengulas lanjut ujarnya, antara agensi yang turut terlibat ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Kebajikan Masyarakat Setiu dan Tekun Nasional.

"Bermula tiga petang lagi kita telah menerima kehadiran rakyat sekitar untuk mengambil peluang menikmati pelbagai perkhidmatan yang disediakan ini termasuk mengadu pelbagai permasalahan yang dihadapu.

"Semua aduan akan diambil perjalanan segera untuk diselesaikan agar kebajikan serta kesejahteraan rakyat terjamin, insya-Allah kita akan terus mengadakan program ini dengan melibatkan seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Setiu ini," katanya.

 


Tag: