Jalur Gemilang
Berita :
Surau Dato' YBC Dibuka Untuk Warga Kerja, Agensi Dan Masyarakat Setempat
Surau Dato' YBC Dibuka Untuk Warga Kerja, Agensi Dan Masyarakat Setempat
Ezani Razali
2 jam yang lepas
100

KEMAMAN, 6 Oktober – Surau Dato’ YBC yang terletak di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Cukai kini dibuka bukan sahaja untuk kegunaan warga kerja pusat khidmat berkenaan, malah turut boleh digunakan oleh warga agensi serta masyarakat yang berada di kawasan berdekatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato’ Hanafiah Mat berkata, kemudahan tersebut diwujudkan bagi menyediakan ruang yang lebih selesa untuk menunaikan solat, khususnya kepada mereka yang mempunyai urusan atau berada di sekitar kawasan berkenaan.

“Surau ini bukan sahaja untuk kegunaan warga kerja kami, tetapi turut dibuka kepada warga agensi dan orang ramai yang berada berdekatan untuk menunaikan solat.

“Kita mahu surau ini sentiasa diimarahkan dan menjadi sebuah ruang ibadah yang memberi manfaat kepada masyarakat sekitar,” katanya.



Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan Surau Dato’ YBC di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Cukai, pagi tadi.

Menurut Hanafiah, kewujudan surau berkenaan juga diharapkan dapat menjadi salah satu kemudahan yang mengeratkan hubungan antara warga Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Cukai, agensi dan komuniti setempat.

“Semoga setiap amal ibadah yang dilaksanakan di surau ini menjadi asbab keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT," katanya.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan