• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

100 Pelajar Gunting Rambut Percuma Di Jerteh

Ustaz Wan Azhar menggunting rambut seorang peserta program.
Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 30 Disember - Seramai 100 pelajar menyertai program gunting rambut secara percuma di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Kampung Padang Luas, di sini, semalam.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, program itu dapat meringankan beban ibu bapa, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

"Ini juga merupakan persediaan awal bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2019 yang akan menjelang tidak lama lagi,

"Inisiatif ini digembeleng bersama antara Pejabat Penyelaras DUN Jerteh dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jerteh dalam usaha menjaga kebajikan dan membantu rakyat Jerteh,"katanya.

Wan Azhar juga menyifatkan program itu perlu diteruskan setiap tahun sebagai inisiatif membantu rakyat yang kurang berkemampuan terutama ibu bapa yang memiliki ramai anak bersekolah.




Tag: