Jalur Gemilang
Berita :
1,100 Sertai Walimatul Urus Sejak 2018, Manifesto Kahwin Perdana Diteruskan
1,100 Sertai Walimatul Urus Sejak 2018, Manifesto Kahwin Perdana Diteruskan
Rohayati Ripin
3 jam yang lepas
14

KUALA TERENGGANU, 4 November – Seramai 1,100 peserta menyertai Program Walimatul Urus Perdana anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sejak Jun 2018 hingga 2026, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan manifesto PAS Terengganu pada Pilihan Raya Umum.

Program yang diperkenalkan menerusi Karnival Perkahwinan Perdana itu bertujuan membantu pasangan mendirikan rumah tangga, khususnya dalam meringankan beban kewangan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, berdasarkan rekod YPKT, seramai 184 peserta menyertai program berkenaan pada Jun 2018, diikuti 190 peserta pada November tahun sama.

Menurutnya, jumlah itu meningkat kepada 194 peserta pada 2019 sebelum menurun kepada 147 peserta pada 2022.

"Penyertaan kembali meningkat kepada 192 peserta pada 2025 dan 193 peserta pada 2026.

"Bagi tahun ini, Dungun mencatatkan penyertaan tertinggi dengan 33 peserta, diikuti Kuala Nerus (32), Kuala Terengganu (27), Marang (26), Kemaman (24), Besut (19), manakala Setiu dan Hulu Terengganu masing-masing 16 peserta," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman, hari ini.

Maliaman berkata, pada Jun 2018, Kuala Terengganu merekodkan penyertaan tertinggi dengan 33 peserta, diikuti Dungun (30), Kemaman (26), Kuala Nerus (25), Marang (24), Hulu Terengganu (19), Besut (15) dan Setiu (12).

Bagi November tahun sama, Marang dan Dungun masing-masing mencatatkan 31 peserta, diikuti Kuala Terengganu (29), Kuala Nerus (28), Besut dan Kemaman masing-masing (21), Hulu Terengganu (16) serta Setiu (13).

"Pada 2019, Dungun mencatatkan penyertaan tertinggi dengan 41 peserta, diikuti Kuala Nerus (28), Kuala Terengganu (27), Marang (24), Kemaman (23), Besut dan Hulu Terengganu masing-masing 18 peserta, serta Setiu (15).

"Bagaimanapun, pada 2022, Kemaman mendahului dengan 28 peserta, diikuti Kuala Nerus (27), Marang (24), Besut (17), Kuala Terengganu (15), Dungun (14), manakala Setiu dan Hulu Terengganu masing-masing 11 peserta," katanya.

Sementara itu, bagi 2025, Kuala Nerus merekodkan penyertaan tertinggi dengan 39 peserta, diikuti Dungun (30), Kuala Terengganu (27), Kemaman (24), Marang (23), Hulu Terengganu (20), Besut (16) dan Setiu (13).

Pelaksanaan program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri membantu mengurangkan kos perkahwinan yang ditanggung pasangan dan keluarga, selain memberi perhatian kepada pembangunan institusi kekeluargaan.

Program yang bermula pada tahun pertama pentadbiran PAS Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 2018 itu diteruskan sehingga 2026.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan