• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

12 Ekor Lembu Korban Diagihkan Kepada Penduduk DUN Rantau Abang

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 3 Ogos- Sebanyak 12 ekor lembu telah disembelih sempena ibadah korban untuk diagihkan kepada komuniti kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu yang telah memperuntukkan lembu-lembu tersebut kepada setiap DUN .

"Alhamdulillah, bagi kita di DUN Rantau Abang kita bahagi-bahagikan kepada 28 Majlis Pengurusan Keselamatan Komuniti (MPKK) yang ada  di DUN Rantau Abang," ujarnya ketika ditemui di Majlis Penyembelihan  Qurban Perdana DUN Rantau Abang di Kampung Che Lijah di sini.

Katanya, daging-daging tersebut dibahagikan kepada masyarakat di MPKK masing-masing untuk dimasak dan dimakan bersama keluarga.

Alias turut merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas-petugas yang bertungkus lumus sehingga penyembelihan selesai.


Tag: