• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

120 Asnaf Teruja Dapat Baju Raya

KUALA TERENGGANU, 1 April – Inisiatif murni beberapa anak syarikat kerajaan negeri dan swasta yang memberi peluang kepada 120 anak asnaf menghadirkan 1,001 makna buat golongan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, kerjasama Epic Berhad, TDM Berhad dan Adib Azhar & Co Cawangan Terengganu itu berjaya mengukir senyuman buat keluarga kurang berkemampuan terbabit.

“Dalam suasana penuh kegembiraan, anak-anak asnaf dapat merasai kegembiraan memilih baju raya mereka sendiri di Mydin Mall Kuala Terengganu.

“Usaha ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membantu golongan asnaf meraih kebahagiaan dan kebaikan, sejajar dengan nilai-nilai keagamaan yang diterapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir bersama anak-anak asnaf di Mydin Mall Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Ujar Sulaiman lagi, program tahunan itu pastinya memberi sinar harapan dan pengalaman yang bermakna kepada anak-anak asnaf untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh keceriaan.

“Program ini juga mampu memperkukuhkan ikatan sosial dalam masyarakat setempat,” katanya.

 


Tag: