• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

120 Penduduk di Bukit Besi Terima Tanah

DUNGUN, 16 Januari - Seramai 120 peserta Rancangan Tanah Baharu (RTB) di Dewan Undangan Negeri Bukit Besi gembira apabila menerima geran tanah hari ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kesemua penerima melibatkan RTB Pecah Mangkuk, RTB Dendang Sejahtera, RTB Bukit Jelutong dan RTB Kampung Talong bersyukur kerana penantian sejak sekian lama ditamatkan kerajaan PAS Terengganu.

"RTB di kawasan setiap mempunyai proses yang berbeza di setiap peringkat, ia perlu melalui beberapa prosedur untuk diluluskan menyebabkan ada permohonan yang mengambil masa yang singkat dan ada juga mengambil masa yang lama.

‘’Tahniah diucapkan kepada 120 penerima geran tanah pada kali ini, ia  jelas termasuk dalam manifesto yang dijanjikan oleh PAS Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas majlis penyerahan geran tersebut.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, Kerajaan Negeri berterima kasih kepada para pemohon yang bersabar.

"Diharapkan agar pemohon seterusnya memahami urusan berkaitan hak milik tanah ini kerana perkara tersebut memakan masa dan melibatkan prosedur yang sedikit rumit.

"Manfaatkanlah tanah ini dengan sebaik mungkin kerana masih ada lagi yang tidak memiliki tanah," katanya.