• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

125 Sertai Kursus Penyembelihan Patuh Syarak

KEMAMAN, 4 Julai- Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal telah menganjurkan Kursus Penyembelihan Patuh Syarak, baru-baru ini.

Program yang diadakan di Masjid Meraga Beris itu bertujuan memberi pendedahan ilmu berkaitan kaedah sembelihan yang betul mengikut hukum syarak.

Seramai 125 peserta menyertai program tersebut yang memberi ruang dan peluang kepada mereka memahami dengan lebih jelas berkaitan ilmu sembelihan.

Program julung kali diadakan itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh.

"Syabas dan tahniah diucapkan kepada DUAT Kijal dan semua yang terlibat termasuk Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kemaman, Pejabat Agama Kemaman, Masjid Meraga Beris dan JPKK Meraga Beris.

"InsyaAllah, di masa akan datang kita cadangkan agar diadakan kursus merebah dan melapahkan lembu pula," katanya.

Sementara itu, Pegawai DUAT DUN Kijal, Wan Mohd Redzuan Mohd Kamar berkata, daripada jumlah peserta yang mengambil bahagian, dua darinya adalah wanita.

"Di samping teori, kita juga menyediakan sebanyak 54 ekor ayam dan dua ekor kambing bagi melengkapkan program ini yang turut membabitkan slot praktikal di lapangan. 

"Terima kasih dengan sokongan daripada kesemua agensi kerajaan yang terlibat," katanya. 

 

 


Tag: