• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

1,300 Peserta Meriahkan Larian Mahabbah Merdeka 2018

Wan Sukairi melepaskan peserta larian mahabbah Merdeka 2018 di Bataran Batu Burok, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim

Kira-kira 1,300 peserta menyertai Larian Mahabbah Merdeka 2018 anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.

Pelepasan para peserta dari Dataran Batu Burok telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.


Turut hadir, Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Belia, Sukan dan NGO) Mohd Rahimee Mohd Ramli.

Para peserta dengan diiringi pihak polis dilepaskan kira-kira pukul 8.30 pagi melalui perjalanan dengan jarak 3.5 kilometer menuju Jalan Persinggahan (Belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah) melalui Hotel Sumai sebelum menuju ke Bulatan Batu Bersurat kemudian menuju Jalan Sultan Mahmud dan ke Dataran Batu Burok semula.


Selain menyemarakkan sambutan menjelang hari kebangsaan, acara larian ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, institut pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan serta NGO.

Lebih menarik, program yang diadakan secara tahunan dengan kepelbagaian acara itu turut menyediakan hadiah cabutan bertuah dimana kali ini disediakan 61 cabutan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke -61.

Tag: