• 25 Jul 2024 | 18 Muharam 1446

KEMAMAN, 26 Jun - Seramai 132 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 menerima habuan berupa sumbangan kewangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Mohd Hafiz Adam berkata, insentif berkenaan bagi menghargai usaha gigih dan dedikasi setiap pelajar.

"Tahniah kepada para pelajar, guru dan ibu bapa atas kejayaan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Anugerah Kecemerlangan SPM 2023 yang diadakan di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Air Putih hari ini.

Beliau juga mengingatkan bahawa kejayaan bukan hanya diukur melalui akademik, tetapi juga melalui sumbangan kepada masyarakat.

"Suka juga untuk saya berpesan agar setiap pelajar meletakan agama sebagai keutamaan di samping kecemerlangan akademik," katanya.

Mohd Hafiz berharap kejayaan itu turut menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Untuk rekod, pelajar yang memperolehi sumbangan itu terdiri daripada 6A dan ke atas.

Seramai 43 pelajar memperoleh 6A, 21 pelajar memperoleh 7A, 29 pelajar memperoleh 8A, 26 pelajar memperoleh 9A, 5 pelajar memperoleh 10A, 3 pelajar memperoleh 11A dan 5 pelajar memperoleh 12A.


Tag: