• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

1.4 Tan Sampah Dipungut Di Pantai Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Sebanyak 1.4 tan sampah dipungut di sepanjang lima lokasi pantai di Kuala Terengganu oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO), Geng Plastik Ija dalam masa dua bulan tahun ini.

Ketua Geng Plastik Ija Kuala Terengganu, Dr Mohd Ariff Hafizi Fouzi memberitahu, di Pantai Batu Buruk sebanyak 165.2 kg, (47 beg) sampah berjaya dikutip, manakala di Pantai KTCC Ladang Tanjung pula sebanyak 136.6 kg (50 beg) dipungut.

"Di sepanjang pantai Jambatan Angkat Terengganu sebanyak 964 kg sampah dengan 161 beg. 

"Pantai Teluk Ketapang pula 27 kg, dan hari ini di pantai Batu Buruk pula 160 kg," katanya.

Beliau yang juga Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah Zahirah di Pantai Batu Buruk di sini semalam.
Menurut beliau, pihaknya berharap akan dapat bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) serta orang ramai untuk membantu membersihkan kawasan pantai. 

"Sekarang kita baharu sahaja melepasi musim tengkujuh dan banyak sampah-sampah dari laut yang dibawa oleh ombak, ini sudah tentu mempengaruhi sektor pelancongan yang menjadi punca pendapatan setengah penduduk. 

"Jika pantai kita tercemar, pelancong sudah tentu tidak berminat untuk berkunjung dan ini sudah tentu memberi kesan juga kepada penduduk tempatan yang terlibat dengan sektor ini," jelasnya.

Sementara itu seorang penduduk yang ditemui, Halias Abu Bakar berkata menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama dan berterima kasih dengan NGO yang mengambil inisiatif yang murni itu.

"Saya merayu kepada pengunjung supaya sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan pantai ini, dengan sebab sampah orang dapat membaca peribadi kita," katanya.


Tag: