• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

15 Pesakit Kronik Terima Dana TDI

Dr Azman Ibrahim (kanan) menyampaikan cek sumbangan TDI kepada salah seorang penerima.
Oleh: Hidayah Azlin

SETIU, 13 Disember - Seramai 15 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi menerima cek sumbangan Tabung Darul Iman (TDI) di bawah skim bantuan pesakit kronik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata, cek sumbangan berkala diberikan dengan pelbagai nilai dari RM500 sehingga RM1,000 berdasarkan keadaan pesakit.

"Tersentuh hati saya melihat penerima yang menitiskan air mata saat menerima serahan cek. Betapa bantuan sebegini membawa makna yang besar bagi mereka," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu penyerahan cek sumbangan kepada penerima kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri berkata, sumbangan itu akan memastikan rakyat yang berhak mendapat bantuan berkala atau bulanan samada dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Tabung Darul Iman atau bantuan langsung dari Pusat Khidmat Adun tidak akan tercicir.

"Hasrat kita ialah untuk memastikan tiada berlaku keciciran bagi yang berhak mendapat sebarang bantuan dan kita akan berusaha gigih ke arah pelaksanaannya," katanya.


Tag: