• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

150 Mahasiswa Terima Bantuan Awal Pengajian

BESUT, 30 September - Seramai 150 bakal mahasiswa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh menerima bantuan awal pengajian dari Pejabat Penyelaras DUN berkenaan baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras DUN, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, para bakal mahasiswa perlu memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk kesejahteraan rakyat setempat.

"Akhlak dan tingkah-laku sepanjang proses pembelajaran berlaku harus dijaga sebaik mungkin bagi memastikan ilmu yang diperolehi diberkati oleh Allah SWT.

"Generasi yang berilmu amat penting bagi memastikan kemajuan dan keamanan sesebuah negara dapat dijaga dengan sebaik mungkin.

"Para bakal mahasiswa perlu belajar dengan bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Dewan Komuniti Kampung Padang Luas, Jerteh semasa meraikan kesemua bakal mahasiswa terbabit.

Bantuan awal ini merupakan salah satu usaha Pejabat Penyelaras agar dapat menarik minat orang awam untuk terus belajar menuntut ilmu.


Tag: