• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

18 Ekor Lembu Untuk Fakir Miskin DUN Batu Buruk

KUALA TERENGGANU, 13 Julai – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah menumbangkan sebanyak 18 ekor lembu untuk diagihkan kepada masyarakat fakir miskin dan kurang berkemampuan. 

ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan daging lembu tersebut telah diagihkan melalui pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat. 

Agihan daging korban oleh pihak JPKK

“Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan agihan daging korban pada tahun ini.

“Mudah-mudahan dengan asbab agihan daging korban pada Hari Raya Aidiladha ini, kebajikan buat mereka yang fakir miskin akan dapat terus terjaga,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapannya usai menyempurnakan sembelihan korban di Kg. Aur, Chendering. 

Menurut beliau lagi, sambutan umat Islam untuk melaksanakan ibadah korban sangat menggalakkan dengan sebahagian tempat dalam DUN tersebut dapat melaksanakan sehingga 30 ekor lembu dalam satu hari. 

“Semoga Allah SWT menerima ibadah korban kita pada tahun ini. InsyaAllah,” tambahnya.