• 17 Jan 2021 | 3 Jamadil Akhir 1442

18 Kawah Bubur Asyura Dipertandingkan, Rebut Gelaran Juara

SETIU, 21 September - Sebanyak 18 kawah berentap bagi merebut gelaran juara dalam acara memasak bubur Asyura bagi peringkat daerah Setiu tahun ini.

Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar berkata, program yang melibatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) itu dipilih daripada sembilan mukim seluruh daerah.

"Dalam situasi PKP yang masih berjalan ketika ini, urus setia terpaksa hadkan penyertaan bagi mengelakkan berlaku kesesakan di tapak program," katanya ketika ucapan penutup pertandingan tersebut semalam.

Dalam pertandingan berkenaan, MPKK Seri Kenangan dalam Mukim Hulu Nerus 1 dinobatkan sebagai juara dengan memperoleh markah sebanyak 85.5 peratus menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM700.

Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh MPKK Panchur Merah, Mukim Guntung dan MPKK Bukit Maksom, Mukim Chalok.

Bubur asyura turut diedarkan kepada pengguna jalan raya yang melalui Depo Pejabat Daerah dan Tanah Setiu yang diserahkan sendiri oleh Pegawai Daerah Setiu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap dan Permaisuri serta Ketua-Ketua Jabatan.


Tag: