• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

187 Kemalangan, Tiga Kematian Sepanjang Op Selamat 17 Dilaksanakan

KUALA TERENGGANU, 7 Februari - Sebanyak 187 kes kemalangan dengan tiga kematian direkodkan sepanjang enam hari Op Selamat 17 sempena sambutan Tahun Baharu Cina di negeri ini baru-baru ini .

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ismail Man berkata, jumlah itu naik tujuh hingga 13 kes berbanding tempoh sama dalam Op Selamat 16 yang diadakan sebelum ini.

"Kemalangan tertinggi direkodkan di Kuala Terengganu dengan 52 kes, diikuti Kemaman (48 kes), Dungun (23 kes), Besut (21 kes), Marang (17 kes), Hulu Terengganu (14 kes) dan Setiu (12 kes).

"Sepanjang tempoh itu, 12,257 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan 2,641 keping merupakan pol 257 manakala 9,796 keping lagi Pol 170A.

"Jumlah saman yang dikeluarkan itu meningkat 21 peratus bersamaan 2,116 keping berbanding tempoh sama dalam Op Selamat 16,"ujarnya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Dalam pada itu menurut Ismail JSPT turut menjalankan beberapa siri operasi penguatkuasaan seperti Op Had Laju, Op Lampu Isyarat, Op Motorsikal, Op Samseng Jalanan, Op Lancar dan Op Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Dimana dalam operasi yang diadakan itu sebanyak 17 tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan di samping turut menyita 25 motorsikal mengikut seksyen 64, Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

 


Tag: