Berita :
1,929 Daftar Portal Jodoh Darul Iman, 22 Pasangan Dalam Fasa Taaruf
1,929 Daftar Portal Jodoh Darul Iman, 22 Pasangan Dalam Fasa Taaruf
Mastura Jamal Din
2 jam yang lepas
63

KUALA TERENGGANU, 23 April - Seramai 1,929 daripada 2,841 orang  telah berjaya mendaftar mendaftar sistem Portal Jodoh Darul Iman sejak mula dilancarkan pada tahun lepas manakala 912 orang masih dalam penilaian.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, setakat ini ia menunjukkan perkembangan yang positif sebagai satu inisiatif membantu masyarakat dalam mencari pasangan secara terancang dan berhemah.

"Daripada jumlah tersebut,pihak pengurusan portal Jodoh Darul Iman telah berjaya mengatur sebanyak 55 sesi pertemuan pasangan,sama ada secara fizikal (25) mahupun atas talian (30).

"Hasil daripada sesi ini,22 pasangan telah menunjukkan keserasian dan kini berada dalam fasa taaruf,manakala 33 pasangan tidak meneruskan disebabkan faktor tiada serasian," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh pada Mesyuarat Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Tambah Maliaman, mereka yang berusia antara 26 hingga 35 tahun merupakan golongan paling ramai memohon portal tersebut dan status pemohon tertinggi adalah golongan bujang (1,690), duda (131), janda (94) dan balu seramai 14 orang.

“Paling ramai memohon adalah kaum lelaki iaitu 1,046 dan  perempuan seramai 883 orang,” jelasnya.

Tambah Maliaman, pihaknya melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu akan terus memperkukuh pelaksanaan portal tersebut.

"Ini termasuk dari segi penambahbaikan sistem,kaedah pemadanan serta hebahan berterusan,bagi meningkatkan kadar kejayaan pasangan yang disatukan pada masaakan datang," katanya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan