Jalur Gemilang
Berita :
Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Khamis Ini
Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Khamis Ini
Ahmad Zaeem Zainudin
12 jam yang lepas
474

KUALA TERENGGANU, 16 November – Bonus penjawat awam negeri Terengganu dijangka diumumkan pada Khamis ini, hari terakhir Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 (Bajet).

Perkara itu dibayangkan Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika menyampaikan ucapan pembentangan Belanjawan Terengganu 2027 di Wisma Darul Iman, hari ini.

"Mungkin ada yang yang tertunggu-tunggu daripada awal tadi. Bila MB nak umum sesuatu seperti bonus dan sebagainya?. 

"Itu tunggu pada hari terakhir (Khamis). Hero Hindustan dia tak mari awal, dia mari kemudian," katanya, memahami penantian penjawat awam yang menantikan pengumuman berhubung pemberian bonus berkenaan.

Persidangan DUN Terengganu Ke-15 bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat dijadualkan berlangsung sehingga 19 November ini.

Sementara itu, Menteri Besar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pihak yang telah menyumbang bakti kepada pembangunan dan kemakmuran negeri.

"Sebelum mengakhiri ucapan pada hari ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang tidak pernah jemu menabur bakti untuk negeri ini.

"Segala kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil keringat kita bersama," ucapnya.

Beliau turut berharap segala dasar, peruntukan dan usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri akan terus membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Terengganu.


Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan