Jalur Gemilang
Berita :
Terengganu Lulus RM12.8 Juta Bagi Pembangunan Bekalan Air
Terengganu Lulus RM12.8 Juta Bagi Pembangunan Bekalan Air
Ahmad Zaeem Zainudin
16 jam yang lepas
199

KUALA TERENGGANU, 16 November – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini meluluskan peruntukan RM12.825 juta bagi membiayai Rancangan-Rancangan Kemajuan Air Negeri untuk tahun 2027.

Berdasarkan jadual yang dibentangkan, keseluruhan peruntukan berjumlah RM12,825,010 itu melibatkan Perbelanjaan Negeri, tanpa peruntukan daripada pinjaman Kerajaan Persekutuan bagi tujuan berkenaan.

Peruntukan menerusi Kumpulan Wang Perbekalan Air Negeri itu diluluskan pada Persidangan Ke-4 DUN Terengganu Ke-15 di Wisma Darul Iman.

Usul berkenaan dikemukakan ADUN Chukai, Dato’ Hanafiah Mat, mengikut Subseksyen (2), Seksyen 4 Enakmen Kumpulan Wang Perbekalan Air 1966.

Menerusi usul itu, dewan bersetuju meluluskan peruntukan daripada kumpulan wang tersebut bagi membiayai rancangan pembangunan bekalan air negeri mengikut jadual peruntukan tahun 2027.

Usul yang menjadi sebahagian daripada Peruntukan Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri bagi tahun 2027 itu mendapat sokongan ADUN Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan