• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

196 Tangkapan Bot Asing Sejak 2018

KUALA TERENGGANU, 24 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu merekodkan 196 kes tangkapan bot nelayan asing yang cuba menceroboh perairan negeri ini sejak 2018 hingga 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 181 buah bot ditahan APMM, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) 12 dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (tiga).

Katanya, negara asal majoriti nelayan asing yang menceroboh perairan Terengganu terdiri dari warga Vietnam dan Thailand.

Belau berkata demikian bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di sini.

ADUN Bandar dalam soalannya ingin tahu data tangkapan nelayan asing yang menceroboh perairan Terengganu bermula tahun 2019 hingga 2023 dan negara asal mereka.

Jelas Dr Azman, daripada 181 tangkapan, oleh APMM, sebanyak 64 bot berjaya ditangkap pada tahun 2018, 2021 (35), 2019 (34), 2022 (24), 2023 (13), 2020 (enam) dan 2024 (lima).

Sementara itu katanya, daripada 12 tangkapan DOF, enam tangkapan dibuat pada tahun 2021, masing-masing dua tangkapan pada tahun 2019 dan 2022, satu tangkapan masing-masing pada tahun 2018 dan 2020.

PDRM pula berjaya menangkap tiga bot pada tahun 2019.


Tag: