200 Asnaf Seberang Takir Terima Manfaat

KUALA NERUS, 14 Februari - Seramai 200 orang golongan asnaf menerima manfaat barangan keperluan asas bagi meringankan beban harian melihat kepada situasi ketidaktentuan harga barang, baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, bantuan berupa harian dan wang saku tersebut telah diagihkan dalam satu majlis selepas kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Selebriti, Ustaz Hanafiah Malek.

"Ramai daripada kita terkesan terutamanya golongan B40, kita berharap kerajaan di peringkat persekutuan terus berusaha menstabilkan harga barang.

"Bantuan malam ini bukan sahaja daripada kerajaan negeri tetapi juga orang persendirian malah syarikat-syarikat juga memainkan peranan. Jadi, kita mengalu-alukan lagi mana-mana pihak untuk sama-sama membantu," tambah Mohd Fadhil lagi.

Sementara itu, seorang penerima, Jamaluddin Muhammad, 50, berkata, beliau bersyukur dengan pemberian bantuan ini sedang kita berhadapan dengan krisis ekonomi akibat COVID-19.

“Sambil-sambil itu kitu dapat mendengar kuliah yang disampaikan sebelum majlis penyerahan,” ujarnya.

Seorang lagi, Muhammad Afendi, 42, menceritakan situasinya dengan pendapatan yang tidak menentu, dia amat berterima kasih kepada pihak pemimpin kawasan atas usaha tepat pada waktunya itu.

"Bantuan sebelum ini saya dapat juga, hari ini dapat juga, syukur sungguh," tambahnya.