lightning-solid
Berita :
2,000 Sertai Monsoon Brisk Walk 2025
2,000 Sertai Monsoon Brisk Walk 2025
Zahid Mustafar
15 jam yang lepas
142

KUALA TERENGGANU, 13 Disember – Program Monsoon Brisk Walk 2025 anjuran Pertubuhan Prihatin Integrasi Ilham Terengganu (ILHAM) berjaya menarik penyertaan lebih 2,000 peserta, sekaligus mencerminkan semangat kebersamaan dan kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat walaupun berdepan cuaca hujan berterusan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sambutan luar jangka itu membuktikan kekuatan solidariti rakyat Terengganu yang tidak mudah luntur dalam menghadapi cabaran musim monsun.

"Walaupun hujan turun sejak malam tadi dan berterusan pada pagi ini, penyertaan yang direkodkan amat menggalakkan dengan kehadiran melebihi 2,000 peserta.

"Keadaan cuaca yang tidak menentu langsung tidak mematahkan semangat peserta yang hadir dalam suasana ceria dan santai," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program Monsoon Brisk Walk 2025, di Dataran Pantai Batu Buruk hari ini.

SYA_7733.jpg 552.38 KB
Beliau berkata, penglibatan pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga menjadikan program tersebut lebih inklusif serta berimpak kepada pembentukan gaya hidup sihat secara menyeluruh.

"Penyertaan bukan sahaja melibatkan individu, malah turut disertai pasangan dan anak-anak, termasuk bayi yang dibawa bersama dalam kereta sorong bayi (stroller).

"Pendekatan ini menunjukkan aktiviti sihat boleh dijadikan amalan seisi keluarga, bukan terhad kepada golongan tertentu," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada penganjur dan pihak penaja yang menjayakan program berkenaan.

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada NGO ILHAM atas penganjuran program yang tersusun dan memberi manfaat kepada masyarakat.

"Sumbangan hadiah daripada wakil rakyat, syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan turut menyumbang kepada kemeriahan serta kejayaan program ini," ujarnya.
533b80dc-d5d1-4ceb-bb4e-d5a74c2afd7e.jpg 177.32 KB


Artikel Berkaitan