• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

218 Peserta RTB DUN Kijal Terima Borang 5A

KEMAMAN, 16 September - Seramai 218 Peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB)  di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menerima dokumen hak milik tanah termasuk Jadual 5A selepas menanti puluhan tahun.

Ianya melibatkan tapak kediaman dan pertanian di kawasan Beris Nenas, Bukit Panjang, Bukit Kerdas, Batu 9, Pengkalan Cicar, Jong Belabuh, Lubuk Dalam IV dan Kampung Pondok Pasir.

Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh berkata, beliau berharap peserta bersyukur dan berterima kasih kerana apa yang diimpikan selama ini telah menjadi kenyataan. 

"Kita mesti sentiasa tunduk dan bersyukur kehadrat Allah S.W.T diatas nikmat yang dikurniakan kepada kita pada hari ini. 

"Segala yang sedikit kita ikhtiar dan lakukan samada daripada pihak Pejabat DUN Kijal dan Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman ini ianya adalah pertolongan daripada Allah.

"Saya melihat ada juga permohonan yang dibuat pada tahun 2002 iaitu 20 tahun yang lalu dan ianya diluluskan dan menerima hak milik mereka pada hari ini," ujarnya ketika berucap di majlis penyerahan tersebut yang diadakan di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal, baru-baru ini. 

Beliau juga mengucap tahniah kepada para peserta dan Kerajaan Negeri Terengganu yang telah berjaya melunaskan janji manifestonya pada pilihanraya yang lalu berkaitan pemberian tanah kepada rakyat Terengganu. 

"Jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat terutama kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman, Biro Tanah Kijal, Kakitangan i-MiTS Kijal dan Pejabat Penyelaras DUN Kijal," tambahnya. -

 


Tag: