• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

231 Anak Yatim DUN Paka Dirai

DUNGUN, 24 April - Seramai 231 anak yatim di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka menerima sumbangan kelengkapan raya sempena menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata program sumbangan tersebut digabungkan dengan program sumbangan Back To School yang tertangguh.

"Setelah sekian lama para pelajar belajar secara atas talian, sumbangan Back To School ditangguhkan seketika.

"Tapi hari ini apabila Menteri Pendidikan mengumumkan pembelajaran boleh secara bersemuka secara penuh, kita melaksanakan kembali sumbangan Back To School," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di program Sumbangan Aidilfitri dan Back To School 2022, disini.

 

 


Tag: