• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

264 Adik-Adik Boleh Sunat Free


Oleh: Saifullah Jusoh 

BESUT, 2 Disember - Seramai 264 orang kanak-kanak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut telah menerima khidmat berkhatan secara percuma.

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh merasa gembira dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk DUN Kuala Besut.

"Tahun lepas Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Besut telah menganjurkan program sebegini dan telah mendapat sambutan seramai 100 orang peserta, manakala tahun ini sambutan yang kita dapat telah bertambah dengan seramai 264 orang peserta.

"Walaupun Kerajaan Negeri Terengganu telah bertukar tampuk pimpinan, namun pihak kami tidak akan sesekali memilih latar belakang politik untuk membantu rakyat," katanya.


Azbi berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Khatan Perdana Percuma DUN Kuala Besut di Markaz Tarbiyyah Kampung Bharu baru-baru ini (28 November).

Majlis tersebut dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Kuala Besut dengan kerjasama pihak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut dan MTD Kuala Besut.


"Saya berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang agar rakyat yang kurang berkemampuan mendapat manfaat daripadanya," tambahnya.

Turut hadir, Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.

Tag: