• 24 Jul 2024 | 17 Muharam 1446

280 Pelajar Cemerlang SPM DUN Cukai Disantuni

KEMAMAN, 27 Jun - Seramai 280 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai telah diraikan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata majlis seperti itu telah diadakan setiap tahun bagi menghargai pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan sekaligus telah mengharumkan nama DUN Cukai.

"Saya difahamkan, 280 orang ini menetap di sini dan mewakili 23 buah sekolah yang berlainan termasuk sekolah yang berada di luar daerah telah mendapat keputusan 5A hingga 12A.

"Semoga majlis yang kita adakan pada hari ini dapat menggembirakan hati semua pelajar yang telah berusaha untuk mencapai kejayaan seperti ini seterusnya memberi suntikan semangat kepada pelajar lain untuk berjaya pada masa akan datang," katanya ketika merasmikan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2023.

Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai bermula RM100 sehingga RM500 mengikut jumlah "A" yang diperolehi serta cenderahati.


Tag: