• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

292 Asnaf Terima Sumbangan Bekalan Makanan

Oleh : Amiruddin Zamri

DUNGUN, 2 Julai- Seramai 292 asnaf di Hulu Dungun menerima sumbangan bekalan makanan daripada 23 penyumbang seluruh negara.

Pengawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sumbangan berupa barangan keperluan harian itu disumbangkan oleh syarikat, badan korporat kepada Bank Makanan sebelum diagihkan kepada keluarga kurang berkemampuan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 di sekitar Hulu Dungun.

"Tidak dilupakan juga kepada para 'frontliner' KKM yang bertungkus lumus dalam memastikan gerak kerja mengekang penularan wabak COVID-19 berjalan dengan lancar.

"Kami juga ada bagi kepada PDRM, Rela  sebagai tanda menghargai usaha mereka," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengagihan barangan tersebut kepada keluarga terkesan di Dewan Orang Ramai Pasir Raja, semalam.

Sementara itu katanya, semua Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JPKK) di peringkat DUN Bukit Besi dikehendaki mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan melalui pelbagai medium.

"Salah satu usaha yang dilakukan adalah dengan menyebarkan nombor telefon masing-masing melalui aplikasi WhatsApp supaya mudah untuk dihubungi penduduk terkesan.

"Dengan cara ini mereka dapat berhubung terus dengan Pengerusi JPKK agar mudahkan bantuan sepatutnya disalur," ujarnya.