lightning-solid
Berita :
292 Peserta Sertai Taklimat MyIBJKM Perkukuh Kesiapsiagaan Banjir
292 Peserta Sertai Taklimat MyIBJKM Perkukuh Kesiapsiagaan Banjir
Mohd Haniff Abas
20 Nov 25
184

KUALA TERENGGANU, 20 November — Usaha memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana khususnya banjir terus dipertingkat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading apabila seramai 292 peserta menghadiri sesi taklimat serta pendaftaran aplikasi MyIBJKM di sini, semalam.

Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Buluh Gading (PKMDBG) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu bertujuan memastikan maklumat mangsa bencana dapat direkodkan dengan lebih sistematik, sekali gus mempercepatkan proses penyaluran bantuan.

WhatsApp Image 2025-11-20 at 9.26.51 AM-2.jpeg 839.21 KB
Aplikasi MyIBJKM, yang dibangunkan oleh JKM, berfungsi sebagai pangkalan data berpusat untuk pengurusan mangsa bencana, membolehkan agensi terlibat menyalurkan bantuan dengan lebih efisien dan teratur semasa kejadian banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim, berkata kawasan itu sememangnya sinonim dengan isu banjir, justeru sebarang inisiatif yang dapat memperkemas penyelarasan bencana amat dialu-alukan.

“Di DUN Buluh Gading, apabila kita bercakap tentang bencana, tumpuannya sudah tentu kepada banjir. Kehadiran hampir 300 peserta ini menunjukkan kesedaran masyarakat semakin meningkat dan mereka bersedia untuk memahami mekanisme pengurusan bencana dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

WhatsApp Image 2025-11-20 at 9.34.36 AM.jpeg 849.67 KB
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak JKM, Penghulu Mukim Manir Petai Bubus, Penghulu Mukim Belara Kesom, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta semua peserta yang menjayakan taklimat ini yang diadakan sempena Hari Bertemu Pelanggan PKM DUN Buluh Gading.

“Program ini bukan sahaja berperanan menyampaikan bantuan dan maklumat yang bermanfaat, malah turut memperkukuh jalinan hubungan yang erat antara agensi kerajaan dan masyarakat,” katanya lagi.



Tag :

Artikel Berkaitan