• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445
Kuala Nerus - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman meraikan kira-kira 30 orang  atlet sukan bowling dan bola jaring di satu majlis hi-tea di Restoran Warisan Sari,  Tok Jembal di sini pada 14 Ogos.

Arrifin (berkod) dan Haji Tun Ahmad Faisal (tiga,kanan) bertanyakan sesuatu kepada atlet SUKMA XIX. 


Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Ratu Bowling Negara, Shalin Zukafli bersama rakan-rakan beliau  yang akan ke Palembang tidak lama lagi.

Dalam status facebooknya Ariffin berharap para atlet berusaha bersungguh-sungguh agar dapat membawa pulang pingat emas, seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Terengganu.

"Saya selaku bapa angkat sukan bowling SUKMA tahun ini, berharap para atlet berusaha bersungguh-sungguh agar dapat membawa pulang pingat emas, seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Terengganu, " katanya.

Sebelum itu Kerajaan Terengganu berhasrat untuk merampas kembali kejuaraan dengan misi ‘Win Back Mission 2018’ dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke 19 di Perak bermula 12 hingga 22 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan meletakkan  69 pingat emas sebagai sasaran pencapaian untuk merampas kembali kejuaraan sukan berkenaan tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.

Tag: