• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

30 Gerai Meriahkan Jualan Terus Dari Ladang

Oleh : Fatimah Din 

MARANG, 14 Julai- Hampir 30 buah gerai memeriahkan jualan terus dari ladang yang mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti Taman Medan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)  Taman Medan Jaya 1, Azmi Salleh berkata, gerai-gerai yang mengambil bahagian itu bagi menjayakan program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

 "Jualan ini julung kali diadakan di sini dan begitu meriah kerana dapat sambutan daripada komuniti setempat.

"Memang sesuai jualan yang diadakan di kampung-kampung. Kebetulan di Taman Medan Jaya 1 ini terdapat banyak taman-taman kecil dan perumahan-perumahan berkelompok," katanya ketika di temui pemberita di sini, baru-baru ini.

Azmi turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur di atas inisiatif tersebut yang secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi para peniaga setempat.

 


Tag: