• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

30 Peratus Tiket Separuh Akhir Untuk Penyokong T-Team




Peminat bola sepak tempatan kini boleh mendapatkan tiket untuk menonton perlawanan separuh akhir Piala Malaysia yang melibatkan pasukan T- Team dan Selangor yang sudah mula dijual menerusi atas talian.

Pembelian tiket awal separuh akhir TM Piala Malaysia 2016 itu boleh didapati melalui http://tickethotline.com.my/ 

Sementara penjualan tiket melalui kaunter Stadium Shah Alam, Selangor akan bermula pada 1 Oktober (Sabtu),  bermula pada jam 12 tengahari.

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizam Mohd Zain berkata, sebanyak 30 peratus tiket diperuntukkan kepada penyokong Terengganu bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Shah Alam Sabtu ini, yang boleh memuatkan 60,000 hingga 70,000 penyokong pada satu-satu masa.

“Bagi peminat yang mahu menyaksikan perlawanan kedua-dua pasukan boleh mendapatkan tiket secara atas talian menerusi tickethotline.com.my dan turut dijual di kaunter Stadium Shah Alam.


"Harga tiket untuk dewasa adalah RM15 dan RM5 untuk kanak-kanak,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.


Pasukan T-Team berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, baru-baru ini.



Tag: