• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

31 Pelajar Cemerlang SPM DUN Langkap Diraikan

SETIU, 25 Jun - Pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap kini mampu tersenyum lebar selepas usaha keras mereka mereka dihargai.

Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, mereka yang berjaya meraih keputusan 6A dan ke atas diberikan hadiah sebagai menghargai jasa mengharumkan nama DUN.

"Setakat data yang kita perolehi seramai 31 orang daripada DUN ini berjaya memenuhi syarat kelayakan bagi menerima hadiah dan sumbangan daripada Pusat Khidmat DUN Langkap.

Pegawai Penyelaras DUN Langkap menyampaikan sumbangan hamper dan wang tunai kepada Muhammad Nasrul Idham bin Jusin pelajar cemerlang SMK Sungai Tong

"Jumlah ini agak besar dan membanggakan, membuktikan pelajar daripada luar bandar mampu bersaing dengan mereka daripada kawasan bandar.

"Hadiah seperti hamper dan sumbangan wang tunai kita sampaikan kepada mereka, ini sebagai tanda ingatan daripada kami kepada pelajar-pelajar ini yang telah bertungkus-lumus untuk berjaya.

"Hari ini kita sampaikan kepada tiga orang pelajar terlebih dahulu dan selebihnya kita akan serahkan secara berperingkat. Kita akan hadir sendiri ke rumah pelajar bagi tidak menyusahkan mereka hadir ke pejabat," kata beliau kepada UPDI.

Dalam pada itu, menurut pelajar cemerlang, Nik Muhammad Zulhilmi Mat Ali daripada SMK Bukit Nenas yang meraih keputusan cemerlang 8A  merasa gembira dengan sumbangan yang diterima.

Pegawai Penyelaras DUN Langkap Azmi Maarof menyerahkan sumbangan hamper dan wang tunai kepada Nik Muhammad Zulhilmi

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Khidmat DUN Langkap yang hadir sendiri bagi menyampaikan hadiah ini," katanya ketika ditemuramah di rumah beliau di Kampung Baru Bukit Nenas.

Anak muda dari sekolah sukan Terengganu ini berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Pengajian Sultan Idris dalam bidang Kejurulatihan dan Sains Sukan.


Tag: