• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

32 Jalan Kampung Di Kuala Terengganu Dinaik Taraf

KUALA TERENGGANU, 19 Oktober – Sebanyak 32 projek naik taraf jalan-jalan kampung sedang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan DUN Wakaf Mempelam, dalam Parlimen Kuala Terengganu di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Pegawai Pembantu Khas Parlimen Kuala Terengganu (DUN Batu Buruk), Tuan Ngah Tuan Ahmad berkata, sebanyak 15 projek naik taraf jalan kampung di kawasan itu melibatkan 11 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam  bagi kemudahan rakyat.

"Antara yang terlibat adalah MPKK Kampung Raja Barang iaitu tiga projek naik taraf jalan, MPKK Pantai Pandak (2), MPKK Chendering Pantai (1), MPKK Batu Enam Chendering (1), MPKK Kubang Ikan (1), MPKK Mengabang Tengah (1), MPKK Batu Buruk (1), MPKK Gong Pak Maseh (1) dan MPKK Nibong Atas dua projek,” jelasnya.

Manakala, di DUN Wakaf Mempelam pula terdapat 17 projek naik taraf jalan-jalan kampung di bawah peruntukan sama.

Pegawai Pembantu Khas Parlimen Kuala Terengganu (Wakaf Memepelam), Encik Mohd Azmi Ali memaklumkan projek tersebut akan dilaksanakan di MPKK Teluk Paku (2), MPKK Gelugor Raja (2), MPKK Wakaf Mempelam (1), MPKK Kubang Parit (2), MPKK Paloh Sungai Kiat (3), MPKK Sungai Rengas (1), MPKK Kuala Bekah (1) dan MPKK Kampung Durian Burung (5).

Kesemua pelaksanaan kemudahan berkenaan diselia secara terperinci oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah.

 

 


Tag: