• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

332 Peserta RTB Terima Borang 5A

BESUT, 8 Mac - Seramai 332 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di sini akan menerima Borang 5A yang mula diserahkan secara berperingkat bermula semalam sehingga 17 Mac ini.

Pegawai Penyelaras Dun Hulu Besut, Mat Daik Mohamad berkata, pengagihan tersebut melibatkan peserta terpilih dari RTB Sungai Lah, RTB Bukit Baling, RTB Bukit Merah, RTB Sungai Kemia dan RTB Bukit Ma'dunna.

"Alhamdulillah, bermula hari ini (semalam) Borang 5A mula dibagikan kepada penerima secara berperingkat. 

"Sudah lama peserta RTB ini menunggu untuk memiliki tanah, akhirnya menerima Borang 5A menandakan geran kekal akan dimiliki mereka," ujarnya selepas menyampaikan Borang 5A di perkarangan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Hulu Besut.

Katanya, semua peserta perlulah membuat bayaran premium tanah seperti mana tarikh yang ditetapkan untuk mendapatkan geran kekal.

"Saya berharap agar semua penerima bersyukur serta manfaatkan sebaik mungkin pemberian yang telah diterima." ujarnya.

 

 


Tag: