Jalur Gemilang
Berita :
34 Syarikat Salur  Zakat Perniagaan RM4.57 Juta Kepada MAIDAM
34 Syarikat Salur Zakat Perniagaan RM4.57 Juta Kepada MAIDAM
Rohayati Ripin
28 Oct 26
4

KUALA TERENGGANU, 28 Oktober – Sebanyak 34 syarikat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM4.57 juta menerusi Majlis Penyerahan Zakat Korporat Tahun 2026, sekali gus mencerminkan komitmen sektor korporat dalam membantu meningkatkan kesejahteraan golongan asnaf di Terengganu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato’ Nara Setia berkata, kejayaan pengurusan zakat bukan sahaja diukur berdasarkan jumlah kutipan, malah turut dinilai menerusi manfaat dan perubahan positif yang dibawa kepada kehidupan penerima.

"Sehingga 22 Oktober 2026, MAIDAM merekodkan kutipan zakat sebanyak RM190.88 juta dan agihan berjumlah RM292.45 juta dengan memanfaatkan lebihan kutipan zakat terkumpul daripada tahun terdahulu bagi memastikan keperluan asnaf terus disantuni.

"Agihan ini merangkumi bantuan kebajikan fakir dan miskin, bimbingan mualaf, pendidikan, pembangunan ekonomi asnaf serta usaha memperkukuh syiar Islam," jelasnya dalam laman sosial rasmi hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan merakamkan penghargaan kepada semua pihak, khususnya syarikat yang terus memberikan kepercayaan kepada MAIDAM sebagai saluran rasmi pembayaran zakat.

"Semoga zakat yang ditunaikan membawa keberkatan kepada para pembayar serta membuka harapan dan peluang kehidupan yang lebih baik kepada asnaf.

"Zakat anda, amanah kami," ujarnya.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan