• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

40 Keluarga Miskin Terima Bantuan


Oleh : Mohd Izri

SETIU, 10 Februari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Sekolah mengagihkan bahan mentah kepada 40 keluarga miskin di kampung berkenaan hari ini bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Isteri Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Umi Masmira Mat Ali berkata, agihan bahan keperluan itu adalah hasil sumbangan orang ramai.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat melancarkan aktiviti harian mereka yang kurang bernasib baik.

“Tambahan pula sekarang kos sara hidup sangat tinggi sehingga menggangu kelancaran keperluan harian mereka,” katanya ketika merasmikan program itu di Surau Ikhwan Kampung Gong Sekolah di sini semalam.


Turut hadir, Penolong Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MiTs) Batu Rakit, Muhammad Nasrullah Kamaruddin, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat DUN Batu Rakit, Mohd Fadhol Ismail.

Kata Umi Masmira lagi, kebajikan rakyat adalah tanggungjawab bersama dan ia bukan harus dijaga oleh kerajaan semata-mata.

“Semua pihak termasuklah syarikat swasta, orang kampung, individu persendirian dan sebagainya mesti bersatu dalam usaha ini.

“Jika ini berlaku secara rancak, ia adalah suatu yang cukup membanggakan bagi penduduk dan kerajaan negeri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi MPKK Gong Sekolah, Mohd Irwami Abdul Wahab berkata, program seperti itu akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

“Kita tidak akan berhenti di sin, banyak lagi perancangan yang akan kita jalankan selepas ini bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan,” tambahnya.


Tag: