• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

400 Peserta Terlibat Gotong Royong Bersepadu Bersih Pantai Setiu

SETIU, 14 Februari - Gotong royong secara bersepadu bagi membersihkan kawasan pantai di daerah ini telah diadakan dengan jumlah penyertaan seramai 400 orang yang melibatkan 10 jabatan dan agensi kerajaan  juga pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Kolej Bestari (UCB).

Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ahmad Rizal Mamat berkata, tujuan program berkenaan adalah memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya memelihara keindahan pantai yang ada di negeri ini.

"Pantai sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri sebab itu menjaga kebersihan bukan hanya tanggungjawab pihak tertentu sahaja tetapi ia merupakan tugas semua orang jadi.

Ahmad Rizal Mamat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di tapak gotong royong bersepadu Kampung Kuala Baru, Kampung Mangkok pada Jumaat.

Katanya, kawasan tersebut merupakan tapak pelancongan, oelh itu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengambil langkah bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih akan mengambil perjalanan untuk diletakkan tong sampah di hujung kawasan perkelahan ini.