lightning-solid
Berita :
400 Warga Emas DUN Cukai Terima Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina
400 Warga Emas DUN Cukai Terima Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina
Ezani Razali
10 jam yang lepas
59

KEMAMAN, 15 Februari - Seramai 400 orang warga emas berbangsa cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai menerima sumbangan berbentuk wang tunai, sekotak limau dan kuih kapit, menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat, berkata masyarakat TiongHoa di sini sentiasa diraikan setiap kali tiba Tahun Baru Cina.

"Majlis seperti ini menjadi jambatan perpaduan dan tanda penghargaan kita terhadap masyarakat TiongHoa yang turut menyumbang kepada keharmonian dan kemajuan DUN Cukai.

"Tahun Baru Cina bukan sekadar perayaan, ia simbol harapan dan semangat muafakat antara kaum." ujarnya ketika ditemui pemberita, hari ini.

WhatsApp Image 2026-02-15 at 8.38.42 PM (1).jpeg 216.48 KB
Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri turut mengharapkan hubungan antara satu sama lain terus kukuh, seiring langkah menuju Kemaman yang makmur dan bersatu. 

Terdahulu, semua penerima sumbangan tersebut diraikan dalam satu Majlis Makan Malam yang diadakan di Kemaman Arena Square, baru-baru ini.

WhatsApp Image 2026-02-15 at 8.38.42 PM.jpeg 166.25 KB


Artikel Berkaitan