lightning-solid
Berita :
400 Warga Emas Tiong Hua Terima Sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina di DUN Cukai
400 Warga Emas Tiong Hua Terima Sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina di DUN Cukai
Mastura Jamal Din
3 jam yang lepas
78

KEMAMAN, 10 Februari – Hampir 400 warga emas masyarakat Tiong Hua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai menerima sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dalam satu majlis makan malam yang diadakan di Kemaman Arena Square, di sini semalam.

Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan kuih kapit itu disampaikan sebagai tanda penghargaan serta keprihatinan terhadap golongan berkenaan, di samping memeriahkan sambutan perayaan tradisi masyarakat tersebut.

FB_IMG_1770776440514.jpg 108 KB
Ahli Dewan Undangan negeri (DUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat berkata
majlis berkenaan  menjadi platform memperkukuh hubungan silaturahim antara masyarakat pelbagai kaum selain menyemai semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan penduduk setempat.

Menurutnya, penganjuran program tersebut mencerminkan penghargaan terhadap sumbangan masyarakat Tiong Hua yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kesejahteraan komuniti di kawasan DUN Cukai.

“Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan, sebaliknya simbol harapan, kemakmuran dan semangat muafakat yang perlu terus dipelihara.

"Kehadiran masyarakat pelbagai kaum pada majlis ini membuktikan perpaduan di daerah ini kekal utuh,” katanya.
FB_IMG_1770776352107.jpg 172.68 KB
Suasana majlis berlangsung dalam keadaan meriah dan penuh mesra dengan kehadiran penduduk setempat yang mengambil peluang beramah mesra, sekali gus memperlihatkan keharmonian masyarakat yang menjadi tunjang kekuatan pembangunan kawasan tersebut.

Tambahnya, majlis berkenaan turut mencerminkan semangat kebersamaan apabila pelbagai lapisan masyarakat hadir memberi sokongan, sekali gus menunjukkan nilai toleransi dan saling menghormati yang menjadi asas kestabilan sosial di daerah ini.

Dalam masa sama, Hanafiah berkata program seumpama itu akan diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan memperkukuh perpaduan serta memastikan masyarakat di Kemaman terus hidup dalam suasana aman, harmoni dan sejahtera, selaras aspirasi melahirkan komuniti yang bersatu dan progresif.


Tag :

Artikel Berkaitan