• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

442 Nelayan Rantau Abang Terima Sumbangan

DUNGUN, 4 Febuari - Seramai 442 orang nelayan di Dun Rantau Abang menarik nafas lega selepas menerima bantuan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi, hampir setiap tahun program agihan sumbangan kepada nelayan dibuat bagi meringankan bebanan mereka yang tidak dapat turun ke laut sepanjang musim tengkujuh.

“Walaupun kerajaan negeri ketika ini menghadapi pelbagai kekangan, kita akan berusaha sedaya mungkin untuk mencari inisiatif bagi membantu golongan nelayan yang terjejas sumber ekonominya apabila mula musim tengkujuh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis agihan sumbangan nelayan Dun Rantau Abang di Dewan Darul Ansor kampung Alor Mak Bah, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, pengarah program berkenaan, Muaz Anuar berkata, program seumpama ini akan sentiasa diadakan sebagai tanda keprihatinan dan kecaknaan menjaga kebajikan penduduk Dun Rantau Abang ini.

“Mungkin sumbangan ini tidak seberapa, tetapi kegembiraan rakyat DUN Rantau Abang menjadi keutamaan bagi pihak kebajikan DUN, insya-Allah akan terus diberi perhatian dengan sebaiknya,” katanya.


Tag: