• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

458 Penduduk Alur Limbat Terima Kad Rawatan Percuma

Oleh : Adilatul Akma

MARANG, 18 April - Seramai 458 rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat disenaraikan sebagai penerima Kad Sejahtera bagi rawatan kesihatan percuma di klinik swasta terpilih.

ADUNnya, Ariffin Deraman berkata, setiap penerima layak menebus rawatan termasuk pembelian ubat berjumlah RM500 setahun.

“Seperti  tahun- tahun sebelum ini, had penggunaan Kad Sejahtera ini adalah RM 70 setiap kali transaksi dan maksimum RM 500 setahun di mana-mana klinik swasta yang berkolaborasi dengan pihak kerajaan negeri.

“Saya berharap dengan adanya Kad Sejahtera ini, kesihatan rakyat DUN Alur Limbat lebih baik apabila rawatan boleh dilakukan dengan lebih cepat dan mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Dewan Binjai Bongkok sempena Program Penyerahan dan Taklimat Kad sejahtera Dun Alur Limbat baru-baru ini.

Menurut Ariffin, agihan itu membolehkan semua penerima Kad Sejahtera mendapatkan terus rawatan di klinik swasta terpilih berkuatkuasa pada hari berkenaan.

Ariffin juga memaklumkan kepada penerima bahawa pada pertengahan tahun nanti pertemuan dengan penerima kad berkenaan akan diadakan.

“Ia bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkenaan Kad Sejahtera terbabit,” tambah beliau.

 


Tag: