lightning-solid
Berita :
458kg Sampah Dikumpul, 120 Sukarelawan Bersatu Demi Pantai Bersih
458kg Sampah Dikumpul, 120 Sukarelawan Bersatu Demi Pantai Bersih
Muhammad Fakhruddin Bin Nordin
7 jam yang lepas
33

KEMAMAN, 22 Ogos – Semangat 120 sukarelawan berganding bahu dalam usaha menjaga kelestarian alam sekitar berjaya mengumpulkan 458 kilogram (kg) sampah dalam satu operasi pembersihan pantai.

Pengerusi Geng Plastik Ija (GPI), Zulkefli Sarji berkata, aktiviti berkenaan dilaksanakan susulan timbunan sampah plastik yang banyak terdampar di pesisir pantai selepas hujan lebat baru-baru ini.

“Alhamdulillah, dengan semangat dan kerjasama semua sukarelawan, sebanyak 458kg sampah berjaya dikumpulkan dan dibersihkan. 

“Ini menunjukkan bahawa menjaga kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Jom Bersih Pantai Kita di Pantai Kuala Kerteh, semalam.

Program anjuran Geng Plastik Ija (GPI) itu melibatkan 120 sukarelawan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), DiPetro, dan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) yang bersama-sama melaksanakan aktiviti pembersihan di sepanjang kawasan pesisir pantai.

Menurut Zulkefli, usaha berkenaan bukan sahaja memberi kesan kepada kebersihan kawasan pantai, malah dapat memupuk kesedaran serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat serta komuniti setempat.



Tag :

Artikel Berkaitan