• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

50 Bakal Siswa Terima Sumbangan

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 29 Julai- Seramai 50 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading menerima sumbangan wang tunai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun.

Alias berkata, sumbangan yang disampaikan kepada mereka hanya sekadar ‘buah tangan’  untuk  menampung perbelanjaan ke institusi pengajian tinggi.

"Hanya  sekadar ini yang mampu disampaikan , bukanlah untuk menampung sepenuhnya kos pendaftaran masuk ke IPT, cuma sedikit buah tangan untuk memberi semnagat kepada anak-anak ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis ringkas menyampaikan sumbangan kepada mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di sini semalam.

Seorang penerima, Ainun Khairiah Sudin,18 yang akan menyambung pengajiannya di Kolej Matrikulasi Pahang  bersyukur dengan sumbangan tersebut dan tidak akan mensia-siakan peluang melanjutkan  pelajaran di dalam bidang perakaunan.

" Saya menerima tawaran matrik ni...bila habis , saya boleh memohon mana-mana universiti, supaya nanti tamat pengajian, saya dapat meneruskan cita-cita untuk menjadi ahli perniagaan berjaya," jelasnya ketika ditemui di majlis tersebut.

Sementara itu seorang ibu tunggal, Rogayah Kadir, 50 tidak menganggap kecil sumbangan  tersebut dan melahirkan harapan agar anaknya, Norhafiza Apandi, 18 yang akan menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Banting akan pulang bersama kejayaan.

"Kita daripada keluarga susah, pelajaranlah adalah batu loncatan untuk untuk perbaiki kehidupan," ujar ibu kepada 12 orang anak yang kematian suami sejak enam tahun lalu.


Tag: